Sempena Hari Wanita Antarabangsa 2025. MIASA Malaysia telah melancarkan inisiatif kesihatan mental berfokuskan wanita ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan sokongan terhadap isu kesihatan mental dalam kalangan wanita, yang sering kali kurang diberi perhatian.
Masalah kesihatan mental di Malaysia semakin membimbangkan, dengan peningkatan ketara dalam kalangan pelbagai peringkat usia. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 melaporkan bahawa:
- 1 juta rakyat Malaysia berusia 16 tahun ke atas mengalami kemurungan, meningkat dua kali ganda berbanding 2019.
- Masalah kesihatan mental dalam kalangan pelajar dan mahasiswa meningkat daripada 7.9% (424,000 orang) pada 2019 kepada 16.5% (922,318 orang) pada 2023, menunjukkan peningkatan dua kali ganda.
- Satu daripada enam kanak-kanak berusia 5 hingga 15 tahun mengalami masalah kesihatan mental, dengan peningkatan dua kali ganda sejak 2019.
đź§ Fakta Punca Masalah Kesihatan Mental
- Tekanan Hidup dan Ekonomi
- Kos sara hidup tinggi, kehilangan pekerjaan, hutang, dan masalah kewangan memberi tekanan emosi yang besar.
- Data KKM menunjukkan peningkatan aduan berkaitan stres dan keresahan pasca pandemik COVID-19.
- Masalah Keluarga dan Hubungan
- Konflik rumah tangga, penceraian, dan keganasan rumah tangga antara punca utama kemurungan dalam kalangan wanita dan kanak-kanak.
- Tekanan Akademik dan Sosial dalam Kalangan Remaja
- Remaja mengalami tekanan dalam pelajaran, buli siber, perbandingan sosial di media sosial, dan kurang sokongan emosi.
- NHMS 2023: Masalah kesihatan mental remaja meningkat dua kali ganda sejak 2019.
- Pengasingan Sosial dan Kesunyian
- Kesunyian, terutama dalam kalangan warga emas dan individu bujang, dikaitkan dengan kebimbangan dan kemurungan.
- Sejarah Trauma atau Penyalahgunaan
- Individu yang mengalami penderaan fizikal, emosi, atau seksual berisiko tinggi untuk menghidap gangguan mental.
- Penyakit Kronik atau Kecacatan Fizikal
- Pesakit penyakit seperti kanser, diabetes, dan strok berisiko mengalami kemurungan dan keresahan akibat beban penyakit.
- Faktor Genetik dan Biologi
- Sejarah keluarga dengan penyakit mental meningkatkan risiko gangguan yang sama dalam kalangan ahli keluarga.
Sehubungan dengan ini demi mengatasi masalah kesihatan mental ia ditangani melalui pelbagai langkah yang melibatkan individu, keluarga, komuniti dan kerajaan. Pertama, kesedaran awam perlu dipertingkatkan dengan mendidik masyarakat tentang tanda-tanda awal stres, kemurungan dan keresahan serta menghapuskan stigma terhadap pesakit mental. Sokongan sosial juga penting; komunikasi terbuka dalam kalangan keluarga dan rakan-rakan dapat membantu individu yang sedang mengalami tekanan emosi untuk tidak merasa bersendirian.
Selain itu, akses kepada rawatan perlu dipermudahkan. Individu digalakkan untuk mendapatkan bantuan di fasiliti kesihatan mental seperti klinik kesihatan, pusat MENTARI atau menghubungi talian bantuan seperti HEAL 15555. Gaya hidup sihat turut memainkan peranan penting—amalan senaman berkala, pemakanan seimbang, tidur yang mencukupi dan pengurusan stres boleh membantu menstabilkan emosi. Penggunaan media sosial juga perlu dikawal bagi mengurangkan tekanan mental.